Bahan bantu mengajar kanak-kanak pra-sekolah | Kiddie Funtime
boyreadsbookinlibrary
Set Menjahit Huruf Hijaiyah

Set Menjahit Huruf Hijaiyah

iaj-catalog
RM35.00 | 0.500 kg | Dalam Stok
:: 1) Material kotak ialah artcard 350gsm + gloss laminate.

2) 31 keping kad. 29 kad huruf. 1 kad muka depan dan 1 kad belakang      
Material kad ialah artcard 700gsm + gloss laminate. Saiz kad : 9.cm x 10.5cm

3) Tali berwarna sebanyak 29 utas sepanjang 20cm setiap satu.

4) Jarum Plastik




Kit Seronok Membaca

Kit Seronok Membaca

ksm-catalog
RM60.00 | 1.500 kg | Dalam Stok
:: Kit Seronok Membaca
Kit lengkap bermain dan belajar mengenal, menyebut dan membaca terdiri daripada :-

1.Kotak untuk menyimpan segala bahan dan aktiviti
2.KAD IMBAS BERCETAK DEPAN dan BELAKANG sebanyak 48 keping yang mengandungi huruf A-Z, kad bergambar, dan juga kad suku kata
3.Buku Aktiviti untuk anak anak yang mengandungi 112 mukasurat yang penuh dengan AKTIVITI yang menarik untuk anak anak yang dilengkapi juga dengan sticker yang mengandungi lebih 26 gambar
4.Buku Panduan Ibubapa untuk rujukan ibubapa mengadakan pelbagai AKTIVITI bersama anak anak
5.Kad huruf kecil sebanyak 52 keping untuk ibubapa membuat aktiviti bersama anak anak
6.KAD FONETIK untuk ibubapa membuat AKTIVITI membina suku kata dan juga menulis yang boleh digunakan berulang kali
7.Permainan "Magic Clay" dan juga aksesori yang berwarna warni untuk anak anak buat aktiviti
Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Kognitif

Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Kognitif

ppdpkkk-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku berbentuk panduan ini dihasilkan untuk memberi panduan kepada ibu bapa dan guru dalam mengajar kanak-kanak dan kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran kognitif.

Penghasilan buku ini adalah daripada koleksi hasil intervensi kemahiran kognitif penulis terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Hasil intervensi ini telah dikumpul dan dikembangkan untuk dikongsi menjadi sebuah buku sebagai panduan dan rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa dan guru.

Buku panduan ini mempunyai 8 fasa perkembangan kemahiran kognitif bermula daripada memadan sama jenis sehinggalah kemahiran Matematik dan Bahasa. Buku ini mempunyai asas pengenalan kepada teori kognitif dan kemahiran kognitif. Buku ini dipersembahkan dengan lembaran aktiviti serta senarai semak yang boleh digunakan oleh guru atau ibu bapa bagi menilai tahap kemahiran kanak-kanak dalam kemahiran kognitif.

Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan oleh guru bagi kegunaan setiap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Kegunaan buku ini juga tidak terhad hanya kepada kanak-kanak berkeperluan khas, malah boleh digunakan bagi melatih kanak-kanak tipikal dalam aktiviti kemahiran kognitif.


Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Menggunting

Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Menggunting

ppdpkkm-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku berbentuk panduan ini dihasilkan untuk memberi panduan kepada ibu bapa dan guru dalam mengajar kanak-kanak dan kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran menggunting.

​Penghasilan buku ini adalah daripada koleksi hasil intervensi kemahiran motor halus untuk kemahiran menggunting terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Hasil intervensi ini telah dikumpul dan dikembangkan untuk dikongsi menjadi sebuah buku sebagai panduan dan rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa dan guru.

​Buku panduan ini mempunyai 11 fasa perkembangan kemahiran menggunting bermula daripada kemahiran pra menggunting sehinggalah kemahiran menggunting bentuk kompleks. Buku ini mempunyai asas pengenalan kepada kemahiran menggunting seperti cara memegang gunting dengan betul mengikut kesesuaian dan keselesaan kanak-kanak.

Buku ini dipersembahkan dengan lembaran aktiviti serta senarai semak yang boleh digunakan oleh guru atau ibu bapa bagi menilai tahap kemahiran kanak-kanak dalam kemahiran menggunting.

​Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan oleh guru bagi kegunaan setiap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Kegunaan buku ini juga tidak terhad hanya kepada kanak-kanak berkeperluan khas, malah boleh digunakan bagi melatih kanak-kanak tipikal dalam aktiviti kemahiran menggunting.


Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Mewarna Dan Menulis

Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Mewarna Dan Menulis

ppdpkkmdm-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku berbentuk panduan ini dihasilkan untuk memberi panduan kepada ibu bapa dan guru dalam mengajar kanak-kanak dan kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran mewarna dan menulis.

Penghasilan buku ini adalah daripada koleksi hasil intervensi kemahiran motor halus untuk kemahiran mewarna dan menulis terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Hasil intervensi ini telah dikumpul dan dikembangkan untuk dikongsi menjadi panduan dan rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa dan guru.

Buku panduan ini mempunyai 6 fasa kemahiran mewarna dan 5 fasa kemahiran menulis. Buku ini juga turut membincangkan tentang posisi yang sesuai, jenis genggaman pensel dan lembaran kerja untuk kemahiran mewarna dan menulis mengikut perkembangan kanak-kanak. Buku ini dipersembahkan dengan gambarajah aktiviti serta senarai semak yang boleh digunakan oleh guru dan ibu bapa bagi menilai tahap kemahiran kanak-kanak dalam aktiviti mewarna dan menulis.

Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan oleh guru bagi kegunaan setiap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Kegunaan buku ini juga tidak terhad hanya kepada kanak-kanak berkeperluan khas, malah boleh digunakan bagi melatih kanak-kanak tipikal dalam aktiviti kemahiran mewarna dan menulis.


Panduan Praktikal Kemahiran Manipulatif​ Dalam Pendidikan Khas

Panduan Praktikal Kemahiran Manipulatif​ Dalam Pendidikan Khas

ppkmdpk-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku ini adalah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid berkeperluan khas. Ia dihasilkan selaras dengan kurikulum yang terdapat dalam Pendidikan Khas iaitu Kemahiran Manipulatif. Buku ini memberi panduan dan idea aktiviti pembelajaran kepada guru-guru dalam bilik darjah bagi matapelajaran Kemahiran Manipulatif. Bahasa yang digunakan dalam buku ini amat ringkas dan mudah difahami.

​Konsep buku ini adalah berbentuk visual beserta penerangan yang jelas dan mudah sebagai panduan untuk pelaksanaan di dalam bilik darjah. Aspek kemahiran manipulatif dihuraikan kepada dua konsep kemahiran iaitu Kemahiran Motor Kasar dan Kemahiran Motor Halus. Kedua-dua konsep kemahiran motor ini penting kepada murid berkeperluan khas untuk menguasai asas kemahiran menulis dan tahap keberdikarian dalam kehidupan harian.

​Antara aspek huraian mengenai gambar aktiviti kemahiran manipulatif ialah seperti penggunaan bahan-bahan terpakai yang murah dan mudah diperolehi oleh guru-guru, objektif aktiviti tersebut dijalankan, cara-cara pelaksanaan langkah demi langkah serta unsur pemeringkatan dalam setiap aktiviti agar pencapaian murid dapat dikenalpasti melalui satu aktiviti yang sama.

​Buku ini amat sesuai dijadikan panduan aktiviti kepada guru-guru mahupun ibu bapa yang ingin melakukan aktiviti bersama kanak-kanak bagi meningkatkan tahap keupayaan kemahiran motor. Selain itu, buku ini dapat memberi idea inovasi dan kreativiti kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Manipulatif murid berkeperluan khas.


Panduan Pengajaran Pendidikan Khas Pengurusan Diri

Panduan Pengajaran Pendidikan Khas Pengurusan Diri

pppkpd-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku ini merupakan buku berbentuk panduan untuk mengajar kemahiran pengurusan diri kepada kanak-kanak berkeperluan khas. Setiap kemahiran telah disertakan dengan senarai semak yang lebih terperinci untuk kegunaan guru, ibu bapa atau terapis. Setiap item dalam senarai semak telah diilustrasikan sebagai panduan visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

Buku ini mempunyai 16 aspek kemahiran pengurusan diri yang telah diringkaskan dalam bentuk senarai semak. Buku ini mempunyai panduan gambar yang menarik dan mudah untuk diikuti oleh ibu bapa, guru pendidikan khas dan terapis yang menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak berkeperluan khas.


Pendekatan Terapi Carakerja Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas

Pendekatan Terapi Carakerja Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas

ptcukkbk-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku ini merupakan adaptasi dan olahan daripada buku Panduan Intervensi Terapi Carakerja untuk Murid Istimewa. Buku ini telah dikemaskini dan diperbaiki mutu informasi yang terdapat di dalamnya. Buku ini berfokuskan tentang teknik-teknik persediaan untuk intervensi terapi carakerja yang boleh dipraktikkan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ia digarap dengan berpandukan kurikulum pendidikan khas dan intervensi terapi yang sering dilaksanakan oleh terapis. Buku ini juga amat bermanfaat kepada ibu bapa kerana aktiviti yang terdapat dalam buku ini boleh dilakukan dalam persekitaran di rumah.

Buku ini berfokuskan kepada 6 komponen dalam terapi carakerja yang mempunyai kaitan rapat dengan murid berkeperluan khas di sekolah. Buku ini memaparkan contoh-contoh aktiviti intervensi terapi beserta dengan gambar sebagai panduan yang lebih jelas kepada pembaca. Akhir sekali, diharapkan buku ini dapat memberi manfaat kepada guru, ibu bapa dan juga terapis dalam aspek pendidikan untuk murid berkeperluan khas.


Teknik Intervensi Berfokus Dalam Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas

Teknik Intervensi Berfokus Dalam Pembelajaran Murid Berkeperluan Khas

tibdpmbk-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku ini merupakan buku berkenaan intervensi yang sering dilakukan oleh terapis carakerja yang berfokus kepada kanak-kanak mengikut permasalahan yang dihadapi. Buku ini merungkai intervensi berfokus yang boleh digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah sensori, mengekalkan tumpuan, kemahiran kognitif, kemahiran motor halus, kemahiran motor kasar dan komunikasi sosial.

Buku ini dipersembahkan dengan jelas berdasarkan permasalahan kanak-kanak tersebut, mengikut objektif intervensi, justifikasi, pendekatan yang digunakan, intervensi yang digunakan, matlamat, teknik dan pemeringkatan aktiviti intervensi. Buku ini juga memberi gambaran yang jelas berkaitan langkah-langkah yang dilakukan dalam setiap intervensi.


Teknik Persediaan Sensori Dalam Pendidikan Khas

Teknik Persediaan Sensori Dalam Pendidikan Khas

tpsdpk-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku ini berfokuskan tentang segala aspek berkaitan masalah sensori dalam anak istimewa. Buku ini mengupas kepelbagaian sesnsori deria kanak-kanak yang menjadi tunjang dan asas dalam pembelajaran kehidupan harian.

Buku ini turut mengajar teknik berkaitan intervensi sensori. Terdapat 7 jenis teknik persediaan sensori yang difokuskan dalam buku ini. Buku ini dipersembahkan dengan gambarajah langkah demi langkah untuk setiap perlaksanaan teknik persediaan sensori untuk kanak-kanak.Buku ini mengupas kepelbagaian sensori deria kanak-kanak yang menjadi tunjang dan asas dalam pembelajaran kehidupan harian.

​Teknik persediaan sensori ini boleh dipraktikkan oleh ibu bapa di rumah bersama anak mereka dan juga untuk para guru pendidikan khas yang mendidik murid berkeperluan khas di sekolah. Bagi para guru, pendedahan teknik ini boleh diamalkan sebelum setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran bermula (PdP). Buku ini juga merupakan buah tangan berguna kepada ibu bapa dan guru yang ingin mempelajari teknik persediaan sensori yang mudah untuk kanak-kanak berkeperluan khas.


Buku Latihan Aktiviti Pra-Menulis Untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Buku Latihan Aktiviti Pra-Menulis Untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

blapmukkbk-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku berbentuk latihan ini dihasilkan untuk memberikan latihan pra-penulisan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang tidak mempunyai masalah kawalan otot tangan yang serius. Ianya sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas yang dari kategori lewat perkembangan, Autisme, ASHD, ADD, Dyslexia, Down's Syndrome, Cereral Palsy (yang tidak serius) dan masalah pembelajaran secara umum.

Namun demikian, bagi kanak-kanak yang dari kategori Cerebral Palsy yang serius (iaitu lemah kawalan otot tangan), Hydrocephalus dan Microcephalus, adalah tidak digalakkan untuk melakukan latihan pra-penulisan melalui buku ini tetapi sebaliknya adalah sesuai untuk menggunakan alternatif lain sebagai latihan menulis.

Buku ini adalah hasil daripada modifikasi teknik pra-penulisan mengikut perkembangan umur kanak-kanak tipikal yang mana proses pra-menulis untuk kanak-kanak diubah sedikit bagi membantu kanak-kanak berkeperluan khas menulis garisan dengan baik walaupun mempunyai kesukaran untuk bercakap dan berkomunikasi.

Oleh kerana itu, turutan huruf, nombor dan bentuk yang ditulis adalah tidak mengikut susunan yang betul sebaliknya adalah mengikut garisan yang sesuai untuk membantu kanak-kanak berkeperluan khas menulis dengan baik.

Jadi, buku latihan ini amatlah sesuai digunakan untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang melalui intervensi awal atau yang baru hendak memulakan aktiviti pra-menulis setelah dinilai oleh Jurupulih Carakerja.

Buku ini mempunyai 12 bahagian pembentukan garisan bermula daripada pembentukan garisan lurus sehingga pembentukan garisan sukar. Asas dan persediaan kepada proses pra-menulis juga disediakan di dalam buku ini seperti aktiviti motor halus, persediaan memegang pensil serta posisi yang betul ketika proses pra-menulis dijalankan.

Buku ini sesuai untuk dijadikan latihan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan juga kanak-kanak tipikal di peringkat 2 tahun ke atas. Buku ini juga sesuai digunakan oleh ibu bapa, guru-guru dan Jurupulih Carakerja untuk diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas sebagai aktiviti pra-pernulisan.


Endangered Animals

Endangered Animals

ea-catalog
RM25.00 | 0.500 kg | Dalam Stok
:: Endangered Animals
UK FLASHCARDS ada 16 tajuk :-

1) Animals Animals
2) Fruits
3) Vegetables
4) Food & Drinks
5) Things That Move
6) Things at Home
7) Things to Play With
8) Occupations
9) In Outer Space
10) Animals and Their Babies
11) Endangered Animals
12) Small Creatures
13) Prehistoric Animals
14) Birds
15) Animals that Live in The Water
16) People & Places around the world

---

Satu kotak ada 25 keping flashcards di dalamnya.

√ Boleh bersoal jawab dengan anak anak
√ Gambar yang jelas
√ Warna yang menarik
 
Dasar Privasi | Terma & Syarat
© 2012-2015 Kiddie Funtime Ent. (RA0028170-X) Hakcipta Terpelihara.
Template originally created by Creating Website
Proudly powered by Blogger