Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Kognitif
boyreadsbookinlibrary
Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Kognitif

Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Kognitif

ppdpkkk-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku berbentuk panduan ini dihasilkan untuk memberi panduan kepada ibu bapa dan guru dalam mengajar kanak-kanak dan kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran kognitif.

Penghasilan buku ini adalah daripada koleksi hasil intervensi kemahiran kognitif penulis terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Hasil intervensi ini telah dikumpul dan dikembangkan untuk dikongsi menjadi sebuah buku sebagai panduan dan rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa dan guru.

Buku panduan ini mempunyai 8 fasa perkembangan kemahiran kognitif bermula daripada memadan sama jenis sehinggalah kemahiran Matematik dan Bahasa. Buku ini mempunyai asas pengenalan kepada teori kognitif dan kemahiran kognitif. Buku ini dipersembahkan dengan lembaran aktiviti serta senarai semak yang boleh digunakan oleh guru atau ibu bapa bagi menilai tahap kemahiran kanak-kanak dalam kemahiran kognitif.

Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan oleh guru bagi kegunaan setiap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Kegunaan buku ini juga tidak terhad hanya kepada kanak-kanak berkeperluan khas, malah boleh digunakan bagi melatih kanak-kanak tipikal dalam aktiviti kemahiran kognitif.


GALERI GAMBAR
ppdpkkk-catalog01
ppdpkkk-catalog02
ppdpkkk-catalog03
ppdpkkk-catalog04

TIADA TESTIMONIAL PENGGUNA
Sila gunakan Desktop untuk paparan terbaik

Gunakan kod ini jika anda ingin meletak gambar: [img]IMAGE-URL-HERE[/img]

 
Dasar Privasi | Terma & Syarat
© 2012-2017 Kiddie Funtime Ent. (RA0028170-X) Hakcipta Terpelihara.
Template originally created by Creating Website
Proudly powered by Blogger