Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Mewarna Dan Menulis
boyreadsbookinlibrary
Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Mewarna Dan Menulis

Panduan Pengajaran Dalam Pendidikan Khas Kemahiran Mewarna Dan Menulis

ppdpkkmdm-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku berbentuk panduan ini dihasilkan untuk memberi panduan kepada ibu bapa dan guru dalam mengajar kanak-kanak dan kanak-kanak berkeperluan khas kemahiran mewarna dan menulis.

Penghasilan buku ini adalah daripada koleksi hasil intervensi kemahiran motor halus untuk kemahiran mewarna dan menulis terhadap kanak-kanak berkeperluan khas. Hasil intervensi ini telah dikumpul dan dikembangkan untuk dikongsi menjadi panduan dan rujukan yang boleh dimanfaatkan oleh ibu bapa dan guru.

Buku panduan ini mempunyai 6 fasa kemahiran mewarna dan 5 fasa kemahiran menulis. Buku ini juga turut membincangkan tentang posisi yang sesuai, jenis genggaman pensel dan lembaran kerja untuk kemahiran mewarna dan menulis mengikut perkembangan kanak-kanak. Buku ini dipersembahkan dengan gambarajah aktiviti serta senarai semak yang boleh digunakan oleh guru dan ibu bapa bagi menilai tahap kemahiran kanak-kanak dalam aktiviti mewarna dan menulis.

Buku ini sesuai untuk dijadikan panduan oleh guru bagi kegunaan setiap kanak-kanak berkeperluan khas di sekolah. Kegunaan buku ini juga tidak terhad hanya kepada kanak-kanak berkeperluan khas, malah boleh digunakan bagi melatih kanak-kanak tipikal dalam aktiviti kemahiran mewarna dan menulis.


GALERI GAMBAR
ppdpkkmdm-catalog01
ppdpkkmdm-catalog02
ppdpkkmdm-catalog03
ppdpkkmdm-catalog04

TIADA TESTIMONIAL PENGGUNA
Sila gunakan Desktop untuk paparan terbaik

Gunakan kod ini jika anda ingin meletak gambar: [img]IMAGE-URL-HERE[/img]

 
Dasar Privasi | Terma & Syarat
© 2012-2017 Kiddie Funtime Ent. (RA0028170-X) Hakcipta Terpelihara.
Template originally created by Creating Website
Proudly powered by Blogger