Panduan Praktikal Kemahiran Manipulatif​ Dalam Pendidikan Khas
boyreadsbookinlibrary
Panduan Praktikal Kemahiran Manipulatif​ Dalam Pendidikan Khas

Panduan Praktikal Kemahiran Manipulatif​ Dalam Pendidikan Khas

ppkmdpk-catalog
RM65.00 | 0.650 kg | Dalam Stok
:: Buku ini adalah berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran untuk murid berkeperluan khas. Ia dihasilkan selaras dengan kurikulum yang terdapat dalam Pendidikan Khas iaitu Kemahiran Manipulatif. Buku ini memberi panduan dan idea aktiviti pembelajaran kepada guru-guru dalam bilik darjah bagi matapelajaran Kemahiran Manipulatif. Bahasa yang digunakan dalam buku ini amat ringkas dan mudah difahami.

​Konsep buku ini adalah berbentuk visual beserta penerangan yang jelas dan mudah sebagai panduan untuk pelaksanaan di dalam bilik darjah. Aspek kemahiran manipulatif dihuraikan kepada dua konsep kemahiran iaitu Kemahiran Motor Kasar dan Kemahiran Motor Halus. Kedua-dua konsep kemahiran motor ini penting kepada murid berkeperluan khas untuk menguasai asas kemahiran menulis dan tahap keberdikarian dalam kehidupan harian.

​Antara aspek huraian mengenai gambar aktiviti kemahiran manipulatif ialah seperti penggunaan bahan-bahan terpakai yang murah dan mudah diperolehi oleh guru-guru, objektif aktiviti tersebut dijalankan, cara-cara pelaksanaan langkah demi langkah serta unsur pemeringkatan dalam setiap aktiviti agar pencapaian murid dapat dikenalpasti melalui satu aktiviti yang sama.

​Buku ini amat sesuai dijadikan panduan aktiviti kepada guru-guru mahupun ibu bapa yang ingin melakukan aktiviti bersama kanak-kanak bagi meningkatkan tahap keupayaan kemahiran motor. Selain itu, buku ini dapat memberi idea inovasi dan kreativiti kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Kemahiran Manipulatif murid berkeperluan khas.


GALERI GAMBAR
ppkmdpk-catalog01
ppkmdpk-catalog02
ppkmdpk-catalog03
ppkmdpk-catalog04

TIADA TESTIMONIAL PENGGUNA
Sila gunakan Desktop untuk paparan terbaik

Gunakan kod ini jika anda ingin meletak gambar: [img]IMAGE-URL-HERE[/img]

 
Dasar Privasi | Terma & Syarat
© 2012-2017 Kiddie Funtime Ent. (RA0028170-X) Hakcipta Terpelihara.
Template originally created by Creating Website
Proudly powered by Blogger