Dasar Privasi
boyreadsbookinlibrary

Dasar Privasi



Privasi Anda

    Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

   Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan Kumpulan Kiddie Funtime Ent. untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.


Maklumat Yang Dikumpul

    Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui borang pesanan, e-mel, SMS atau Whatsapp.


Pautan Laman Web

    Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Penggunaan Cookies

    Laman web ini menggunakan teknologi pengesanan (Cookies) untuk membuat pengiraan kos secara real-time di dalam Troli Pesanan. Cookies juga digunakan untuk mengumpul maklumat peribadi seperti jenis pelayar dan sistem operasi, rujukan halaman, laluan ke laman web, domain ISP dan sebagainya untuk tujuan memahami cara pengunjung menggunakan laman web ini. Cookies membantu kami menyesuaikan laman web ini dengan keperluan peribadi anda.

    Kiddie Funtime Ent. memastikan semua maklumat yang dikumpulkan daripada Cookies tidak akan didedahkan kepada pihak luar. Ia tidak akan digunakan untuk komunikasi yang tidak diminta.


Pindaan Dasar

    Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemaskini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemaskini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.



Januari 2014
Kiddie Funtime Ent.
 
Dasar Privasi | Terma & Syarat
© 2012-2017 Kiddie Funtime Ent. (RA0028170-X) Hakcipta Terpelihara.
Template originally created by Creating Website
Proudly powered by Blogger