Kenali Kami
boyreadsbookinlibrary

Kenali Kami



cover-photo-kf

Assalamualaikum WBT.

    Saya, Pn. Farah selaku Pengurus Kiddie Funtime Ent. ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelawat kerana sudi singgah mengunjung dan melayari laman Kedai Online Kiddie Funtime. Anda semua dijemput untuk sentiasa mengikuti perkembangan kami di laman ini serta fanpage facebook kami.

     Serba sedikit tentang diri saya. Nurul Farahliza diberi nama. Anak perempuan kepada pasangan En. Ismail dan Pn. Khalijah yang menetap di Johor Bahru. Saya merupakan isteri kepada En. Muhammad Faris dan ibu kepada 2 orang anak. In Shaa ALLAH bulan February 2016 ini akan bertambah lagi anak syurga kami. Sentiasa berusaha untuk menjadi seorang yang terbaik setiap hari. Semoga di sini saya akan bertemu dengan ibu-ibu dan teman-teman terbaik dari segala bidang.

     Saya mula menceburi dunia perniagaan online di facebook pada May 2012 secara kecil-kecilan. Kemudian perasaan seronok terbit dan mula bercita-cita untuk memperbesarkan perniagaan walaupun pada mulanya rasa ragu-ragu terhadap kemampuan diri. Alhamdulillah dengan dorongan dan sokongan yang tidak pernah putus daripada En. Suami, perniagaan saya telah mencapai ke satu tahap yang sangat memuaskan hati saya. InshaaAllah, jika dilimpahi rezeki oleh-Nya, saya bercita-cita untuk membuka sebuah kedai pula. Nantikan ya! :)

     Jom add friend saya di facebook: FarahlizaIsmail. InshaaALLAH saya akan accept request daripada anda. Dan jangan lupa LIKE and GET NOTIFICATION di fanpage facebook Kiddie Funtime. InshaaALLAH anda akan berpuas hati dengan khidmat yang kami sediakan.

     Di sini kami bukan sahaja menjual Bahan Pembelajaran Terbaik untuk Bayi/Anak-anak anda, malah kami juga turut berkongsi tips berkenaan perkembangan pembelajaran kanak-kanak di blog peribadi Perkongsian Didik Anak Bijak. Saya akan sedaya upaya berkongsi dan mencari artikel-artikel terbaik untuk perkembangan minda dan kelakuan anak-anak kita. Semoga kita dapat mengamalkannya bersama-sama demi masa depan anak-anak dan juga agama.

     Kiddie Funtime Enterprise telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 24 Disember 2012 di Perlis dengan nombor pendaftaran RA0028170-X. Anda boleh membuat semakan SSM di sini.

    Ini menunjukkan kami komited dengan perniagaan yang kami jalankan. Hak anda sebagai pengguna sentiasa kami pertimbangkan dan segala maklumat yang anda berikan adalah terjamin dan terpelihara. Maka, berurusniagalah dengan yakin dan gembira. Semoga kita bersama-sama mendapat pahala di dunia dan di akhirat kelak.

Sekian, terima kasih. 



Pengurus
Kiddie Funtime Ent.



 
Dasar Privasi | Terma & Syarat
© 2012-2017 Kiddie Funtime Ent. (RA0028170-X) Hakcipta Terpelihara.
Template originally created by Creating Website
Proudly powered by Blogger