Soalan Lazim
boyreadsbookinlibrary

Soalan Lazim



S1. Bilakah penghantaran barang dilakukan?

J1. Penghantaran barang akan dilakukan pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja kecuali cuti umum dan tertakluk kepada operasi perkhidmatan syarikat penghantaran.


S2. Berapa lamakah tempoh penghantaran barang sampai kepada saya?

J2. Tempoh penghantaran adalah 1-4 hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia. Manakala tempoh ke Sabah dan Sarawak adalah 3-7 hari bekerja. Sekiranya selepas tempoh itu barang anda masih tidak diterima, sila hubungi kami segera untuk kami membuat semakan.


S3. Apakah Tracking Number barang saya?

J3. Tracking Number akan diberikan melalui emel/SMS/WhatsApp dalam masa 24-48 jam selepas penghantaran barang dilakukan.


S4. Bagaimana jika barang yang dihantar tidak sampai kepada anda?

J4. Terdapat 2 situasi jika barang tidak sampai ke rumah anda.

     Pertama : Sekiranya barang tidak sampai kerana hilang disebabkan oleh pihak syarikat penghantaran, kami akan memeriksa status terakhir perjalanan penghantaran di laman web syarikat berkenaan dan kami akan menghubungi pegawai syarikat tersebut yang bertanggungjawab mengendalikan masalah kehilangan barang untuk menuntut ganti rugi. Kami juga akan menghubungi anda untuk memaklumkan status barang anda dan seterusnya membuat penghantaran semula tanpa mengenakan kos tambahan.

      Kedua : Sekiranya barang tidak sampai kerana pihak syarikat penghantaran memulangkan semula barang kepada kami, kami akan memeriksa status terakhir perjalanan penghantaran di laman web syarikat berkenaan dan menyemak alamat penghantaran yang telah diberikan oleh anda. Jika berlaku kesilapan daripada pihak kami, kami akan membuat penghantaran semula tanpa mengenakan kos tambahan. Sebaliknya, kos pos akan dikenakan jika kesilapan berlaku daripada pihak anda (spt. salah alamat, barang tidak dituntut di Pejabat Pos berdekatan dll.).


S5. Adakah Kiddie Funtime akan stok semula produk yang berstatus 'Tiada Stok'?

J5. Semua produk yang dipaparkan di dalam laman web ini akan di stok semula bergantung kepada pembekal. Sekiranya satu-satu produk itu berstatus 'Tiada Stok', anda masih boleh memesan produk tersebut di laman web ini dan kami akan menghantar barang tersebut sebaik sahaja produk di stok semula. Sebarang maklumat akan kami maklumkan kepada anda secepat mungkin.
 
Dasar Privasi | Terma & Syarat
© 2012-2017 Kiddie Funtime Ent. (RA0028170-X) Hakcipta Terpelihara.
Template originally created by Creating Website
Proudly powered by Blogger