Terma & Syarat
boyreadsbookinlibrary

Terma & Syarat



Kos Pos/Kos Penghantaran

    Kiddie Funtime Ent. menggunapakai kadar pos yang disediakan oleh syarikat Poslaju National Courier. Sila rujuk laman web Poslaju National Courier di sini dan Pos Malaysia di sini. Pengiraan kos pos di laman web ini hanya terpakai untuk jumlah berat di bawah 10.500 kg sahaja. Sila hubungi Kiddie Funtime Ent. jika berat pesanan melebihi 10.500 kg.


Berat Produk

   Setiap produk di dalam laman web ini mempunyai berat tertentu. Semua jumlah berat yang dipaparkan merupakan anggaran berat dan bukan berat mutlak sesuatu produk kerana produk yang sama mempunyai sedikit perbezaan berat.


Pautan Laman Web

    Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Kiddie Funtime Ent. tidak bertanggungjawab ke atas kandungan, ketepatan atau fungsi laman-laman web pihak ketiga yang lain. Pautan disediakan dengan niat yang baik dan Kiddie Funtime Ent. tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa perubahan yang dilaksanakan oleh laman web pihak tersebut. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.


Penafian

    Semua gambar-gambar produk di dalam laman web ini hanyalah hiasan semata-mata dan mungkin berbeza sedikit dengan produk sebenar disebabkan perbezaan pencahayaan dan warna skrin paparan. Kiddie Funtime Ent. tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk di dalam laman web ini tidak boleh ditafsirkan sebagai agen atau syarikat yang disyorkan oleh Kiddie Funtime Ent.
 
Dasar Privasi | Terma & Syarat
© 2012-2017 Kiddie Funtime Ent. (RA0028170-X) Hakcipta Terpelihara.
Template originally created by Creating Website
Proudly powered by Blogger